08 December 2008 | 0 comments

myMetro: MCS Sumbang Notebook

[Sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20081201100237/Article/indexv_html]

KOLEJ MCS menyerahkan komputer riba percuma pada satu majlis yang disertai penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik di Banting, Selangor, baru-baru ini.

Antara tujuan utama pemberian komputer riba percuma itu sebagai salah satu projek pembangunan dan penyelidikan bagi menganalisis kualiti pembelajaran, memperoleh maklum balas peluang pekerjaan dan industri di samping menilai konsep pembelajaran berdasarkan diri sendiri (self reliance learning atau SRL).


Pada masa sama, ia turut menggalakkan pelajar lebih berusaha dan bersungguh-sungguh mencapai matlamat dalam pendidikan.

Untuk program pemberian komputer riba terbabit, ia ditaja sepenuhnya Kumpulan Syarikat MCS dengan bajet RM200,000.

Dalam ucapan alu-aluannya, Ketua Eksekutif Kolej MCS, Ravinthiran Ramasamy, turut menekankan usaha mewujudkan suasana muhibah dan meningkatkan kemesraan sedia terjalin di kalangan warga kolej.

Majlis disempurnakan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Kuala Langat, Zulkifli Mohamed. Majlis turut dihadiri Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat, Mohd Ahir Zawawi.


Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai persembahan menarik seperti boria Raya Deepa, pantun, pementasan puisi muzikal serta tarian tradisional Melayu dan India.